PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh bermula esok hingga 16 Oktober depan adalah kekal.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit petrol RON97 kekal RM3.19 seliter, manakala petrol RON95 kekal RM2.05 seliter.
Bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula juga kekal pada paras RM2.95 seliter; dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – UTUSAN