Hanya tinggal 109 mangsa banjir di Kedah - Utusan Malaysia

Hanya tinggal 109 mangsa banjir di Kedah

SEBAHAGIAN kawasan yang dinaiki air akibat fenomena air pasang besar di Kampung Besar, Mukim Bagan Samak di Bandar Baharu. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini hanya tinggal 109 mangsa daripada 30 keluarga di Bandar Baharu, dekat sini selepas daerah-daerah lain pulih daripada bencana itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu.

Menurut beliau, mangsa-mangsa itu merupakan penduduk Kampung Besar di Mukim Bagan Samak yang masih terjejas banjir akibat fenomena air pasang besar di Sungai Kerian, kelmarin.

“Paras air di kawasan itu setinggi kira-kira 0.5 meter yang melibatkan radius terjejas sehingga 1 kilometer (km) disebabkan fenomena air pasang besar yang bermula pada Khamis lalu dan surut tidak lama kemudian.

“Namun, pada pukul 5.20 pagi semalam, kawasan ini sekali lagi dinaiki air ekoran fenomena sama sebelum Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bersetuju agar sebuah PPS diaktifkan,” katanya.

Tambah Abdul Rahim, keadaan terkini di lokasi kejadian didapati tiada hujan dan paras air juga semakin menurun di Kampung Besar di samping terdapat dua buah pam air yang berfungsi menyedut keluar air ke sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya