Hanya Syed Saddiq bakal terima peruntukan pembangkang

Hanya Syed Saddiq bakal terima peruntukan pembangkang

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memberikan maklum balas rasmi berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, Syed Saddiq turut mohonan bagi melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap MoU tersebut dan kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan perkara berkenaan.

“Sekiranya tiada sebarang maklum balas rasmi diterima dari wakil pembangkang lain maka ada kemungkinan yang akan menerima peruntukan adalah Muar sahaja,” katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab usul dikemukakan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mahu kerajaan Persekutuan mengkaji semula MoU tersebut.

Mengulas lanjut, Dr. Zaliha berkata, draf MoU tersebut sudah dikemukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang merupakan Ketua Whip Kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya, draf tersebut ditolak oleh Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tanpa maklum balas kepada wakil kerajaan.

“Dalam perbincangan saya dengan Timbalan Perdana Menteri, (beliau) menyatakan proses perundingan antara wakil kerajaan dan pembangkang boleh dianggap terhenti di sebelah pembangkang disebabkan wakilnya sehingga kini tidak pernah mengemukakan maklum balas rasmi.

“Maka (dengan itu) tiada sebab kerajaan meneruskan rundingan sekali lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya