Hanya Kota Setar masih banjir, mangsa tinggal 107 orang - Utusan Malaysia

Hanya Kota Setar masih banjir, mangsa tinggal 107 orang

PENDUDUK mengambil peluang memasang pukat ketika banjir di Kampung Jelutong, Kuala Nerang, baru-baru ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Banjir yang melanda negeri ini sejak pertengahan bulan lalu semakin pulih apabila hanya tinggal satu daerah yang membuka pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 9 pagi, hanya 107 mangsa daripada 31 keluarga yang berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah, di sini.

Sementara itu, banjir di Pokok Sena dan Baling telah pulih sepenuhnya apabila kesemua PPS di kedua-dua daerah itu ditutup secara berperingkat sejak petang semalam.

Dalam pada itu, hanya Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya berada pada tahap waspada iaitu 1.63 meter (m) melepasi paras ditetapkan 1.5m. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya