Hanni New Jeans beri keterangan, dedah dibuli - Utusan Malaysia

Hanni New Jeans beri keterangan, dedah dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Anggota kumpulan K-pop popular, New Jeans, Hanni selesai memberi keterangan berhubung dakwaan buli di tempat kerja di Parlimen Korea Selatan, semalam.

Hanni atau nama sebenarnya, Pham Ngoc Han, 20, mendakwa artis mudah sepertinya sering menerima layanan dingin dan diabaikan oleh pengurusan syarikat, Hybe.

“Saya mula sedar apa yang saya hadapi ini bukan sekadar perasaan sahaja. Saya yakin memang syarikat pengurusan ini membenci kami,” katanya di hadapan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh Korea Selatan di Dewan Negara pada Selasa.

Malah, artis kelahiran Vietnam-Australia itu juga menceritakan beberapa kejadian yang menunjukkan salah laku di tempat kerja seperti pihak pengurusan tertinggi syarikat itu meminta artis lain untuk memulaukannya.

“Selepas selesai bersolek, saya keluar ke kaki lima dan menyapa seorang pengurus dan tiga ahli sebuah band yang kebetulan lalu di hadapan saya.

“Lima minit kemudian, mereka lalu lagi di hadapan saya untuk keluar bangunan, ketika itu pengurus itu memandang saya dan cakap kepada ahli kumpulannya ‘abaikan dia macam kalian tak pernah nampak dia’.

“Saya tak faham mengapa dia perlu melakukan seperti itu di tempat kerja,” dedahnya.

Selain itu, dedah Hanni, mereka yang berpangkat tinggi dalam syarikat itu tidak pernah membalas sapaan mereka (artis muda) setiap kali berjumpa.

“Saya faham Korea memiliki budaya untuk menghormati mereka yang lebih tua. Tapi saya rasa sangat biadab sebagai manusia untuk tidak membalas sapaan tidak kiralah apa status pekerjaan kita,” tambahnya.

Hanni turut menyatakan beberapa dakwaan lain seperti pekerja syarikat yang suka mengumpat juga tuduhan pegawai perhubungan syarikat itu menghubungi jurnalis untuk merendahkan kejayaan rekod jualan kumpulan New Jeans.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Ador yang baharu, Kim Joo-young menafikan semua tuduhan itu selain gagal menunjukkan bukti rakaman kamera tertutup sebagai bahan bukti.

“Saya percaya telah melakukan sehabis baik untuk menangani situasi ini. Tapi melihat Hanni rasa seperti ini, saya fikir mungkin ada perkara lain yang boleh saya lakukan,” ujar Kim.

Dalam perbicaraan tersebut, ketua panel, An Ho-young menegaskan undang-undang negara wajar dikaji agar lebih melindungi hak dan kebajikan para penghibur di Korea Selatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya