Hampir 99 peratus pelatih GiatMara dapat kerja

Hampir 99 peratus pelatih GiatMara dapat kerja

CHE Rahim Daud (kanan) menyampaikan Sijil Eksekutif kepada graduan GiatMara di Dewan Tengku Canselor UMK Bachok, Kelantan, semalam. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kira-kira 410,569 bekas pelajar lepasan pusat GiatMara berjaya memenuhi pasaran pekerjaan dalam pelbagai sektor kemahiran sejak pusat pengajian itu ditubuhkan 41 tahun lalu.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Che Rahim Daud berkata, ia sekali gus membuktikan silibus kemahiran yang ditawarkan GiatMara menepati kehendak pasaran kerja sejak dahulu.

Katanya, tahun lalu kebolehan pasaran kerja berada pada tahap 98.9 peratus.

“Sebanyak 12 kluster latihan yang kita tawarkan setakat ini merangkumi bidang pengangkutan, seni bina, elektronik, mekanikal, fabrik, media kreatif, sistem rangkaian dan komputer, pembuatan, kulinari, hospitaliti dan lain-lain.

“Lebih menarik, ada dalam kalangan bekas pelatih GiatMara memperoleh gaji bulanan lebih RM10,000 sebulan sebagai jurukimpal di pelantar minyak,” katanya selepas merasmikan Majlis Graduasi GiatMara Malaysia ke-37/Sidang 7 2023 di Dewan Tengku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, di sini, semalam.

Che Rahim berkata, GiatMara yang merupakan pusat pem­belajaran di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediakan 700 jenis kursus latihan secara percuma.

Katanya, pada masa sama pelatih diberi elaun bulanan dan syarat kemasukan berusia 15 tahun, sihat tubuh badan dan minat dunia kemahiran.

“Usaha ini membantu dan membela nasib pelajar lemah pembelajaran. Pada masa sama, GiatMara berbangga dengan pencapaian pelatih dalam slot Permata Anak Pantai Timur yang mengharumkan nama negara semasa pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya