Had siling gaji baharu caruman Perkeso bermula hari ini

Had siling gaji baharu caruman Perkeso bermula hari ini

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan bermula hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Perkeso, semua pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan hendaklah didaftar dan dicarumkan kepada pertubuhan tertakluk kepada had siling berasaskan gaji pekerja sebanyak RM6,000 sebulan bagi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Kata kenyataan, penguatkuasaan itu dilaksanakan susulan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

“Mulai 1 Oktober ini, amaun caruman yang akan terpakai bagi pekerja bergaji melebihi RM5,000 dan RM6,000 sebulan adalah seperti dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Akta 4 serta Jadual Kedua, Akta 800

“Langkah meningkatkan siling gaji ini dapat memberi manfaat lebih baik kepada pekerja yang berskala gaji melebihi RM5,000 menerusi peningkatan kadar bayaran faedah sedia ada sehingga 20.2 peratus,” kata kenyataan itu.

Faedah itu termasuk Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Pencen Ilat dan Penakat di bawah Akta 4 serta Elaun Mencari Pekerjaan, Elaun Pendapatan Berkurangan dan Elaun Bekerja Semula Awal di bawah Akta 800.

“Dianggarkan 1.5 juta pekerja atau hampir 15.5 peratus daripada keseluruhan pencarum di seluruh negara terbabit dalam peningkatan siling gaji ini yang merangkumi pekerja tempatan dan asing,” katanya.

Sehubungan itu, Perkeso berkata, majikan perlu membuat bayaran caruman bermula 1 Oktober, seterusnya mengikut pindaan had siling gaji baharu itu dan mencatatkan jumlah potongan caruman dalam penyata atau slip gaji pekerja bagi tujuan rekod serta aktiviti pemeriksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya