Hab halal: Pahang tawar infrastruktur, lokasi strategik di Gebeng

Hab halal: Pahang tawar infrastruktur, lokasi strategik di Gebeng

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang menawarkan kemudahan infrastruktur dan kedudukan lokasi strategik di Gebeng bagi membangunkan industri halal di negeri ini termasuk taman perindustrian halal, hab logistik halal dan pelabuhan pematuhan halal.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri memperuntukkan lokasi seluas kira-kira 300 hektar di Gebeng selepas Hab Halal Gambang (68.4) hektar dan Hab Halal Bentong (14.7 hektar).

Jelasnya, kewujudan Hab Halal Gambang akan dapat menyokong mempercepatkan pembangunan hab halal di Gebeng.

“Hab halal Gambang akan membantu mempercepatkan proses kedatangan pelabur dalam industri halal di samping Gambang kita juga ada di Gebeng dan Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan RM63.4 juta untuk kemudahan infrastruktur dan telah pun kita gunakan peruntukan itu semua,” katanya di sini.

Wan Rosdy berkata, ketika ini di Gebeng terdapat industri dan kemudahan asas yang dapat menyokong perkembangan industri halal selain menawarkan kedudukan yang strategik turut menjadi tarikan kepada para pelabur khususnya dari China.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 503 industri di Pahang sudah memiliki pensijilan Halal Malaysia dengan 60 peratus daripadanya merupakan milikan bumiputera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya