‘Guru ramai MC’ tuduhan tidak bertanggungjawab – Fadhlina

‘Guru ramai MC’ tuduhan tidak bertanggungjawab – Fadhlina

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan media mengatakan guru adalah penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) satu dakwaan tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion itu.

Menteri Pendidikan, Fadh­lina Sidek berkata, isu itu tidak sepatutnya berbangkit memandangkan tatatekolala penjawat awam sentiasa diberi perhatian bagi memastikan ­prestasi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat.

Katanya, kementerian mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat awam dengan pemantauan dilaksanakan secara berterusan di setiap peringkat dan mereka yang terlibat dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan.

“Kementerian Pendidikan me­ngambil serius satu laporan me­dia baru-baru ini yang me­ngai­tkan guru sebagai penjawat awam yang paling ramai memal­sukan sijil MC.

“Dakwaan ini adalah tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion keguruan. Pada waktu ini terdapat lebih 400,000 guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan golongan guru adalah kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat dalam salah laku memalsukan sijil cuti.

Laporan sama turut mendakwa ada juga guru yang dikesan sengaja memohon cuti kecemasan (EL) untuk kepenti­ngan peribadi.

Fadhlina berkata, isu ini tidak sepatutnya berbangkit dan tatatekolala penjawat awam sentiasa diberi perhatian.

Katanya, Kerajaan Madani menghargai peranan penting guru membangunkan negara apabila Perdana Menteri me­ngumumkan pelarasan gaji penjawat awam pada Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya