Guru lelaki disyaki cabul murid 12 tahun - Utusan Malaysia

Guru lelaki disyaki cabul murid 12 tahun

AZIZI Mat Aris (kiri) pada sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang guru lelaki ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap murid perempuan berusia 12 tahun, Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dijalankan susulan laporan polis dibuat ibu mangsa pada Jumaat sekitar pukul 3 petang.

Katanya, wanita berusia 47 tahun itu mendakwa anak perempuannya telah dipeluk dan dicium di bahagian mulut selain menerima gambar tidak senonoh daripada suspek.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki yang juga guru penolong kanan di sekolah mangsa.

“Suspek yang masih bujang itu ditahan reman selama enam hari hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, suspek yang baru lapan bulan bertugas di sekolah berkenaan, dipercayai telah beberapa kali melakukan perbuatan itu terhadap mangsa.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Setakat ini kita hanya menerima satu laporan daripada mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat mangsa-mangsa lain.

“Kertas siasatan kes ini dibuka mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya