Gugurkan kes Najib, khidmat masih diperlukan - Penyokong

Gugurkan kes Najib, khidmat masih diperlukan – Penyokong

Suzalina (tengah) bersama penyokong Najib Abdul Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong tegar Datuk Seri Najib Abdul Razak mahukan kes membabitkan bekas Perdana Menteri itu digugurkan hari ini.

Suzalina Anuar, 42, berkata, beliau mahu Najib dibebaskan kerana merasakan bekas Presiden UMNO itu dianiaya.

“Kita berharap kes beliau hari ini digugurkan kerana sudah enam tahun berlalu. Jadi, kita mahukan kebebasan untuk beliau kerana kita merasakan beliau teraniaya.

“Selain itu, berkaitan permohonan maaf, tindakan itu dibuat kerana belia tidak sangka orang yang dia percayai telah menikamnya daripada belakang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Suzalina yang hadir atas inisiatif sendiri juga berkata, kepimpinan Najib masih diperlukan dalam menguruskan negara ketika ini sambil memetik kemudahan dan bantuan yang diberikan semasa pemerintahan beliau.

“Dalam tempoh sembilan tahun beliau menguruskan negara, banyak kemudahan yang disediakan untuk rakyat antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun dah bertukar nama.

“Kalau kita tengok sekarang ini, banyak lebuh raya dapat digunakan seperti lebuhraya SUKE dan WCE untuk kegunaan rakyat namun ramai yang tidak menghargai beliau.

“Semua rakyat mahu beliau kembali sebagai Perdana Menteri tetapi mungkin tidak pada beliau. Namun, beliau masih boleh membantu untuk mentadbir negara walaupun bukan sebagai Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya