Gubal dasar baharu kawal sebar kenyataan berbaur kebencian

Gubal dasar baharu kawal sebar kenyataan berbaur kebencian

AGENDA keharmonian, perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia perlu diangkat untuk membangun Malaysia yang lebih bertamadun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan disaran menggubal dasar dan undang-undang berkaitan bagi mengawal penyebaran kenyataan berbaur kebencian dalam kalangan rakyat negara ini.

Saranan itu antara penemuan dalam Kajian Mengenai Kenyataan Berbaur Kebencian di Malaysia yang dilaksanakan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan UPM Consultancy and Services Sdn. Bhd. (UPMCS).

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perihal berkaitan kenyataan berbaur kebencian menjadi semakin penting, kritikal dan serius seiring dengan perkembangan landskap kemajuan teknologi digital dan informasi terkini.

Katanya, ini didorong dengan peningkatan penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat yang antara lain turut menjadi medium penyebaran dan penularan kenyataan berbaur kebencian.

“Kajian ini hanya memfokuskan kepada kenyataan berbaur kebencian yang berlaku di Malaysia tanpa melibatkan isu berkaitan dengan kebebasan bersuara.

“Kenyataan berbaur kebencian di media sosial mempunyai impak signifikan terhadap hubungan antara etnik dan agama dalam sesebuah Masyarakat sekali gus cenderung memperkukuh stereotaip negatif, meningkatkan prasangka dan memupuk kebencian antara kumpulan etnik dan agama.

“Ini boleh merenggangkan hubungan antara komuniti yang berbeza dan mencipta jurang yang lebih dalam seterusnya membawa kepada pengasingan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai contoh, katanya, penghinaan terhadap amalan keagamaan atau budaya tertentu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan, memperburuk hubungan antara kumpulan yang terlibat sehingga boleh melemahkan perpaduan sosial.

Antara hasil penemuan lain menerusi kajian itu ialah kerajaan boleh memperkenalkan pendidikan awam dan kempen kesedaran untuk mendidik masyarakat tentang bahaya kenyataan berbaur kebencian.

Selain itu ialah pelaksanaan program pendidikan khas untuk pengamal media, termasuk wartawan dan pengurus media termasuk kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dalam mengatasi isu ini dengan mengadakan program kesedaran dan pendidikan.

Hasil kajian ini secara praktikalnya mencadangkan sembilan domain; mencakupi institusi pendidikan, keluarga, institusi keagamaan,  dasar pemerintah, undang-undang negara, penguatkuasaan,  kepimpinan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ini termasuk aspek pengunaan  media sosial yang perlu diberikan perhatian utama dalam usaha untuk terus menangani dan membendung sebarang bentuk  kenyataan berbaur kebencian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya