Usahawan graduan Tesdec ditawar dana, latihan

Usahawan graduan Tesdec ditawar dana, latihan

ARIFFIN Deraman (dua dari kiri) menunjukkan dokumen MoU yang dimeterai antara YPU dan Tesdec di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Usahawan graduan lepasan Pusat Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) kini berpeluang mendapatkan dana usahawan dan latihan berkaitan dalam aspek keusahawanan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, inisiatif itu adalah salah satu kerjasama yang dimeterai kedua-dua pihak dalam satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung hari ini.

Menurutnya, melalui MoU itu, YPU dan Tesdec komited untuk berkongsi kepakaran dalam memperkasakan lagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri Terengganu..

“MoU itu juga menawarkan program penempatan pelatih-pelatih di bawah Tesdec untuk menjalani latihan industri di premis atau kilang milik usahawan tempatan.

“Malah, MoU ini juga bakal membuka peluang kepada usahawan lepasan Tesdec untuk mendapatkan dana usahawan dan latihan berkaitan dalam aspek keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani MoU itu sebagai Pengerusi YPU dengan Pengerusi Tesdec, Sulaiman Sulong di Pusat Dagangan Terengganu, di sini, hari ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya