GLC: Ahli politik tidak perlu letak jawatan  

GLC: Ahli politik tidak perlu letak jawatan  

Mahfuz Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar beranggapan ahli politik layak dilantik ke dalam syarikat milik kerajaan (GLC) selagi mereka tahu membezakan antara kepentingan politik dan syarikat tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata, bukan satu kesalahan untuk ahli politik berkhidmat dalam GLC tertentu sehingga mereka perlu meletakkan jawatan dalam parti politik masing-masing terlebih dahulu.

“Ia bukan soal kepentingan politik bagi saya ia tidak perlu (letak jawatan). Cuma dia (ahli politik) harus tahu membezakan antara kepentingan politik dan melaksanakan tugas. Takkan semata-mata nak melaksanakan tugas kerajaan, dia nak kena letak jawatan dahulu, sedangkan dia pegawai kerajaan. Sebagai ahli politik,dia tak bersalah.

“Begitu juga dalam GLC dan sebagainya, yang penting dia harus tahu menjaga sempadan antara kerja dan soal hal berpolitik. Dia tidak berkaitan di bawah pengaruh politik, ia adalah tugas untuk memajukan GLC,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (Kemarau) dan Penyerahan Peruntukan RMK-12 RP4 Program Ladang Benih Padi di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohamad bahawa ahli politik perlu melepaskan jawatan dan afiliasi parti sebelum dilantik ke GLC untuk mengelakkan konflik kepentingan serta memastikan pengurusan bebas dari pengaruh politik.

Mahfuz pada masa yang sama turut mengakui pernah menerima kritikan dan kecaman. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya