GISBH: Tiga menteri bentang kertas kerja di Dewan Rakyat Selasa ini

GISBH: Tiga menteri bentang kertas kerja di Dewan Rakyat Selasa ini

AZALINA (empat dari kanan) ketika hadir Karnival Literasi Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri di Dewan Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini. AZALINA (empat dari kanan) ketika hadir Karnival Literasi Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri di Dewan Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tiga menteri akan membentangkan kertas kerja  berkenaan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen Selasa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,  penerangan itu boleh disaksikan secara langsung pada hari kedua persidangan bermula pukul 11 pagi dan akan disambung pada waktu petang. 

Menurut beliau,  menteri yang terlibat  Menteri Di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri.

“Kita akan buka perbahasan pada ahli parlimen mungkin ada pandangan atau cadangan sebab bagi pihak kerajaan perlu cerita sebenar dimaklumkan kepada rakyat. 

“Saya rasa terdapat beberapa persoalan yang masih tertanya-tertanya pandangan umum mengapa banyak orang buat laporan tetapi tindakan lambat dan sebagainya. 

“Saya tidak dapat jawab, saya bukan yang bertanggungjawab dalam isu ini tapi alhamdulillah ketiga-tiga menteri itu akan memberikan penerangan tentang apa yang berlaku dan sedang dilakukan oleh kerajaan,” kata pada sidang media sempena Karnival Literasi Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri di Dewan Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, setiap menteri akan membentangkan mengikut penerangan dari kementerian masing-masing seperti menteri agama mungkin melibatkan aspek akidah.

Katanya menteri dalam negeri mungkin akan membentangkan dari segi pelanggaran undang-undang, seksyen mana yang bukan sahaja melibatkan kanun keseksaan tetapi juga undang-undang lain.

Menurutnya bagi menteri KPWKM pula mungkin akan bercakap tentang isu apa yang berlaku, bantuan diberikan, mereka yang ada maklumat dan kefahaman lebih. 

Mengulas lanjut, Azalina berkata keperluan penubuhan RCI akan diketahui selepas perbahasan ahli parlimen dalam isu terbabit.

Katanya, perbahasan ahli parlimen berkaitan isu GISBH ini amat penting, kerana mereka adalah suara yang mewakili rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya