GISBH: Mahkamah dikawal ketat, ahli keluarga tidak dibenar masuk

GISBH: Mahkamah dikawal ketat, ahli keluarga tidak dibenar masuk

SEBAHAGIAN ahli GISBH didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Hampir 15 individu dipercayai ahli keluarga kepada tertuduh-tertuduh berkait GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dihalang daripada memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Selayang, di sini hari ini.

Dipercayai, larangan tersebut dibuat polis bagi memastikan keselamatan di premis terbabit.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, dua trak polis dengan diiringi lebih 20 anggota polis yang mana ada di antaranya lengkap bersenjata dan memakai vest kalis peluru tiba di mahkamah.

Ahli-ahli keluarga yang berkumpul di luar pagar mahkamah dilihat melambai-lambaikan tangan mereka ke arah kenderaan terbabit.

Seramai 22 tertuduh yang didakwa atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan masing-masing dan dibawa masuk ke mahkamah dalam keadaan bergari antara satu sama lain.

Prosiding yang mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan lancar kecuali pada satu ketika, salah seorang tertuduh wanita dilihat batuk tanpa henti dan hampir muntah sebelum diberikan air oleh polis mahkamah yang bertugas.

Pertuduhan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, dan isterinya, Datin Azura Md. Yusof dan anak kepada pengasas Pertubuhan Al-Arqam, Asa’ari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tarmizi serta 17 individu lain dibacakan secara berasingan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tiada jaminan diberikan kepada semua tertuduh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya