GISBH: KPT sedia bantu remaja terlibat - Utusan Malaysia

GISBH: KPT sedia bantu remaja terlibat

GISBH KPT
ZAMBRY Abd. Kadir ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2024 dan Sambutan Hari Akademia Peringkat Kebangsaan, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menunggu laporan penuh daripada polis serta jabatan berkaitan sebelum memutuskan bantuan diberikan kepada remaja yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi oleh syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Bantuan tersebut termasuklah keperluan memastikan remaja terbabit mempunyai ruang atau laluan bagi mendapat tempat dalam pendidikan tinggi sama ada dalam bidang akademik ataupun Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau akan memastikan kementeriannya bersedia menyalurkan bantuan kepada remaja-remaja berkenaan menerusi pelbagai institusi di bawah bidang kuasa KPT termasuk Kolej Komuniti.

“Biar komentar mengenai mereka itu dilakukan melalui task force (laporan penuh) dan apapun, dalam hal apa sekalipun yang diputuskan oleh pihak kerajaan. Termasuk kalau sekiranya ada perlunya penglibatan pendidikan tinggi.

“Kita akan menyalurkan bantuan sekiranya diperlukan. Mungkin mereka ini akan dapat didikkan oleh Kolej Komuniti. Kita tunggu kepada laporan penuh yang akan ditumpukan oleh jawatankuasa khas yang dibentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2024 dan Sambutan Hari Akademia Peringkat Kebangsaan, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggariskan beberapa langkah pemulihan untuk ahli kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) bagi memulakan kehidupan baharu.

Katanya, langkah pertama, mereka perlu terlebih dahulu bertaubat dengan tidak akan mengikut lagi ajaran kumpulan berkenaan.

Malah, Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini dilapor meletakkan 30 rumah amal di bawah kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISB) dalam pemantauan rapat.

Pemantauan sama trutu dibuat terhadap ahli jawatankuasa (AJK) masjid dari dalam kalangan pengikutnya dekat sebuah masjid di Rawang serta Surau Al-Ikhwan.

Dalam pada itu, Zambry memaklumkan keadaan remaja atau anak-anak yang diselamatkan daripada sekolah dan rumah amal di bawah GISBH perlu dikenal pasti statusnya dahulu sebelum bantuan disalurkan.

“Sama ada pelajar yang terlibat. Yang paling besar ialah keadaan yang berlaku kepada mereka itu. Sekarang ini ditangani oleh pihak berkuasa melalui satu task force yang dibentuk,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya