GISBH: CEO, isteri dan 20 individu didakwa jadi ahli jenayah terancang 

GISBH: CEO, isteri dan 20 individu didakwa jadi ahli jenayah terancang 

NASSIRUDDIN Mohd. Ali bersama isterinya, Azura Md Yusof dan 20 lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, isterinya Datin Azura Md Yusof didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Selain pasangan itu, turut didakwa adalah 20 individu lain berkait GISBH.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas kesemua tertuduh selepas pertuduhuan dibacakan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang pada Oktober 2020 hingga 11 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd. Sham, Lina Hakimi Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi. 

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Disember ini bagi sebutan semula kes bagi kesemua tertuduh. 

Pada 10 Oktober lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin memaklumkan pemimpin tertinggi GISBH itu antara 58 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pada 16 Oktober lalu, Nasiruddin antara 16 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Mohd. Shuhaily dilapor berkata, sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu sebanyak 58 individu ditahan mengikut Sosma termasuk 16 orang yang juga pengurusan tertinggi GISBH.

Selain itu, sebanyak 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan oleh pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya