GISBH: Ahli Parlimen boleh bahas sidang Dewan Rakyat minggu depan

GISBH: Ahli Parlimen boleh bahas sidang Dewan Rakyat minggu depan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengeluarkan kenyataan menteri berhubung GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) pada sidang Dewan Rakyat minggu depan.

Saifuddin berkata, kenyataan menteri itu dijadualkan pada hari kedua Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15 2024, sekali gus memberi peluang kepada Ahli Parlimen berbahas mengenai isu berkenaan.

“(Mengenai ) Global Ikhwan, rencananya adalah pada hari kedua sesi Parlimen, akan ada kenyataan menteri yang dibentang di Parlimen.

“Jadi, ia memberi peluang kepada Ahli Parlimen untuk mengikuti (perkembangan GISBH) dan kemudian berbahas,” katanya pada Sesi Libat Urus dan Merarau Menteri Dalam Negeri Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya juga berpendapat bahawa isu mengenai GISBH merupakan sesuatu yang dominan dan perlu dibahas di Parlimen.

“Kerana aturannya Jumaat ialah pembentangan Belanjawan 2025 dan diikuti minggu berikutnya ialah perbahasan.

“Oleh itu, kami berpendapat tajuk Global Ikhwan sangat dominan di mana ia menghiasi dada media dan menarik minat rakyat.

“Jadi, biar Parlimen jadi platform untuk kongsi apakah langkah sedang diambil mengenai tajuk itu,” katanya.

Sebelum ini, beberapa negeri seperti Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang mengisytiharkan ajaran diikuti pengikut-pengikut GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) adalah menyeleweng dan sesat.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengesan 23 harta milik GISBH melibatkan 10 buah negara luar menerusi Op Global mencecah RM52.4 juta termasuk di rantau asia tenggara, timur tengah, dan eropah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan harta tersebut dari negara yang terlibat bagi tindakan lanjut pembekuan dan penyitaan di bawah Akta 613.

Pada masa sama, seramai 16 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH turut ditahan semula semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) selepas tempoh reman 24 individu yang disiasat di bawah Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 tamat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya