GISBH: 98 permohonan ibu bapa tuntut semula anak masih diteliti

GISBH: 98 permohonan ibu bapa tuntut semula anak masih diteliti

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Sebanyak 98 permohonan oleh ibu bapa yang menuntut semula anak mereka yang berada di bawah perlindungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bakal dikemukakan di mahkamah.

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, permohonan tersebut melibatkan lebih 200 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) kini masih dalam prosedur penelitian.

 

Menurutnya, ini bagi memastikan ibu bapa terbabit adalah penjaga yang sah terhadap kanak-kanak ingin dituntut mereka. 

 

“KPWKM perlu menjalankan penelitian dulu, sebab kita perlu mengadakan penelitian itu kerana mungkin ada yang betul-betul ibu (penjaga) kanak kanak tersebut. 

 

“Namun, dalam peratus permohonan, terdapat anak-anak  tersebut tidak pernah melihat ibunya sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Toleransi Sifar Keganasan, Advokasi Antigangguan Seksual di Universiti Teknologi Nasional (Uniten) di sini, hari ini.

 

Sehingga 14 Oktober lalu, sebanyak 560 kanak-kanak, iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan yang ditahan dalam Op Global ditempatkan di pusat perlindungan yang selamat di bawah KPWKM.

 

Nancy menambah, KPWKM akan membantu permohonan ibu bapa tersebut untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi mengembalikan semula kanak-kanak di pusat perlindungan ekoran mereka masih di bawah Akta Kanak-Kanak.

 

“Kita (KPWKM) tidak boleh melindungi kanak-kanak atau menjaga mereka untuk beberapa masa tertentu tanpa kebenaran daripada mahkamah,” jelasnya 

 

Katanya, sebelum kanak kanak tersebut dipulangkan kepada ibu bapa, mereka akan diperiksa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu bagi memastikan anak itu tidak mempunyai kecacatan bukan semula jadi akibat atau kesan kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya