GISBH: 261 kanak-kanak jalani modul khas pemulihan MAIS

GISBH: 261 kanak-kanak jalani modul khas pemulihan MAIS

HAMPIR 600 kanak-kanak diselamatkan dari rumah jagaan yang dikendalikan oleh Global Ikhwan Services & Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) kini dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melaksanakan proses pemulihan akidah dan sosial ke atas 261 kanak-kanak yang terlibat dalam isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya membangunkan modul khas itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) sejak 1 Oktober lalu.

Menurutnya, MAIS sebelum itu sudah pun mengambil tindakan pada 23 September lalu bagi membangunkan pelan penyediaan bantuan pemulihan akidah dan sosial kepada kanak-kanak GISBH.

“Sehingga kini, seramai 20 guru al-Riqab terlibat dalam mengajar di rumah kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kami sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselamatan mereka,” katanya hari ini.

Jelasnya, pihaknya menerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turut menyalurkan keperluan asas termasuk keperluan asas ibadah solat bagi kanak-kanak itu

“MAIS mempunyai Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan bagi mengurus perkhidmatan perlindungan bimbingan, pemulihan rawatan spiritual Islam dan kaunseling kepada umat Islam yang memerlukan pemulihan akidah dan akhlak.

“Selain itu, kami mempunyai 26 rumah pemulihan al-riqab yang bersedia membantu pemulihan ahli GISBH dengan modul yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut memaklumkan perancangan jangka panjang MAIS bagi mereka yang mengikuti proses pemulihan boleh menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Ini termasuk bagi pembangunan sosial, kebajikan, pendidikan dan ekonomi bergantung kepada syarat tertentu.

“MAIS turut menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada MAIS, JAIS, Jabatan Mufti Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), JKM dan agensi yang berkaitan bagi menyelaras tindakan terhadap GISBH dan rangkaiannya.

Katanya lagi, pihaknya turut mempunyai Jawatankuasa Bertindak Ancaman Akidah, Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Wanita, Jawatankuasa Dakwah, Jawatankuasa Pengawalan Akidah dan Jawatankuasa Riqab bagi memperkasa usaha membanteras ajaran sesat, memperkasa usaha dakwah dan proses pemulihan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya