Gerhana cincin lewat malam ini tidak melintasi Malaysia

Gerhana cincin lewat malam ini tidak melintasi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para peminat astronomi tempatan masih berpeluang menyaksikan kejadian gerhana matahari anulus meskipun fenomena itu tidak melintasi Malaysia lewat malam ini.

Jurucakap Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) yang dihubungi berkata, penduduk negara ini dapat menonton secara langsung peristiwa nadir itu melalui pelbagai medium atas talian.

“Antara cukup popular ialah menerusi pautan laman penstriman terkenal antarabangsa iaitu www.timeanddate.com yang sering kali menjadi tumpuan peminat sains falak,” jelasnya.

Fenomena yang turut dirujuk sebagai gerhana cincin itu hanya dapat dilihat di kawasan Lautan Pasifik sebelum menuju ke selatan Chile dan Argentina di rantau Amerika Selatan.

Gerhana berkenaan ujar Mysa, terjadi apabila bulan merentasi matahari dan bumi namun cakera bumi tidak menutupi cakera matahari sepenuhnya kerana saiz kecil ketara bulan.

Justeru tambahnya, sebahagian matahari itu masih lagi dapat disaksikan penduduk bumi seolah-olah melingkari bulan yang gelap di tengah-tengahnya dan kelihatan seperti cincin.

“Laluan gerhana pada kali ini agak panjang dan luas yang bermula ketika terbit matahari di selatan Hawaii sebelum terbenam di Pulau Georgia di selatan Lautan Atlantik,” katanya.

Ia jelasnya, melibatkan jarak sejauh 14,163 kilometer dengan liputan kelebaran antara 265 sehingga 331 kilometer dengan tempoh yang agak lama iaitu kira-kira tujuh minit 25 saat.

Mysa menambah, ketika fasa maksimum, kadar magnitud gerhana mencecah 0.9326 iaitu bersamaan 93 peratus daripada permukaan matahari akan terlindung oleh cakera bulan.

Di Malaysia, peristiwa unik itu diunjurkan bermula pukul 11.42 malam ini dengan gerhana cincin pula terjadi pada keesokan pukul 2.45 pagi dan kemudian berakhir pukul 5.47 pagi.

Sepanjang abad ke-21, hanya terdapat sejumlah 224 gerhana matahari dengan 77 kali daripadanya itu bersifat separa, 72 pula anulus, 68 lagi yang penuh dan baki tujuh jenis hibrid.

Kali terakhir gerhana cincin dapat dilihat jelas di Malaysia ialah pada 26 Disember 2019 lalu manakala kejadian anulus berikutnya diramalkan berlaku di negara ini pada 21 Mei 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya