Geng China sewa kereta tempatan samun rumah empat negeri

Geng China sewa kereta tempatan samun rumah empat negeri

Geng China
HUSSIEN Omar Khan (kiri) menunjukkan gambar suspek dan barangan yang dirampas di IPK Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sasar kediaman tidak berpenghuni dan menyewa kenderaan jenama tempatan untuk pecah rumah serta menyamun menjadi taktik licik kumpulan penjenayah didalangi warga China bergiat aktif di empat negeri termasuk Selangor sejak sembilan bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan haram itu ditumpaskan polis hasil penahanan tujuh suspek lelaki termasuk enam warga republik berkenaan berusia 30 hingga 40-an di Kuala Lumpur dan Subang Jaya, kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu dilakukan hasil siasatan berhubung lapan kes pecah rumah di Sabak Bernam dan siasatan mendapati sebelum ini mereka terlibat dalam dua kes di Negeri Sembilan dan satu di Pahang dan Perak.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya memberkas tujuh suspek termasuk seorang warga tempatan di sebuah hotel di ibu negara dan kondominium di Subang Jaya.

“Hasil penahanan itu turut membawa rampasan sejumlah barangan samun dan peralatan pecah rumah yang digunakan suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Menurut Hussein, modus operandi kumpulan itu menyewa dua kereta jenis Perodua Bezza dan Alza bagi menjalankan kegiatan tersebut.

“Mereka menyasarkan rumah dua tingkat tidak berpenghuni dengan melarikan barang berharga termasuk yang disimpan dalam peti besi.

“Hasil samun itu digunakan warga China berkenaan untuk tinggal berpindah randah dengan menginap di hotel termasuk bertaraf tiga bintang,” ujarnya.

Tambah beliau, enam suspek didapati tiada dokumen perjalanan diri yang sah manakala lelaki tempatan mengenal pasti rumah yang ingin dipecah masuk dan melupuskan barangan curi.

“Ini merupakan kes pertama sejak dua tahun lalu melibatkan kes jenayah pecah rumah didalangi warga China berbanding sebelum ini yang lebih kepada warga Latin.

“Kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya