Genap 4 tahun, Fazura buka akaun IG baharu buat Fatima - Utusan Malaysia

Genap 4 tahun, Fazura buka akaun IG baharu buat Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nur Fazura tampil mendedahkan akaun Instagram (IG) baharu anaknya, Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahirannya yang keempat tahun, hari ini.

Fazura yang sebelum ini kerap memuat naik perkongsian mengenai anaknya di akaun fattzuralovelife turut berkongsi gambar pertama puteri kesayangannya itu menerusi sebuah hantaran di IG nurfatimaisya.

“Hi mak cik dan pak cik. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur sudah mencecah usia empat tahun pada hari ini.

“Sekarang ini saya suka unicorn, pelangi, bersolek, buku, makan makanan kegemaran saya, belajar di sekolah dan bersyukur mempunyai semua yang menyayangi saya. Terima kasih untuk semua yang mendoakan selalu,” kongsinya.

Dalam perkongsian tersebut, Fazura telah berkongsi foto Fatima bersama kek hari lahirnya berwarna merah jambu yang penuh dihiasi dengan pelangi dan belon.

Namun, setakat ini hanya Fazura sahaja yang mengikuti akaun media sosial baharu anaknya itu.

Pada 25 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menetapkan tarikh baharu untuk proses perceraian Fazura dan suaminya, Fattah Amin pada 7 Oktober ini.

Namun, pada proses perceraian lalu Fattah dilaporkan tidak bersetuju untuk menceraikan pelakon wanita itu kerana masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak 27 November 2017 itu.

Fazura bagaimanapun memaklumkan dirinya nekad untuk berpisah dengan Fattah demi mempertahankan maruahnya sebagai wanita dan kesejahteraan anak mereka Fatima menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Terdahulu, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah pada 13 September lalu di mahkamah yang sama tanpa mendedahkan butiran yang terperinci sebab untuk berpisah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya