Gempur perkampungan Orang Asli, JIM Kelantan tahan lapan PATI

Gempur perkampungan Orang Asli, JIM Kelantan tahan lapan PATI

PATI yang ditahan oleh JIM Kelantan selepas menggempur perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan-IHSAN JIM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan berjaya menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menggempur lima perkampungan Orang Asli di sekitar jajahan ini kelmarin.

Dalam serbuan bermula pukul 2 pagi itu kesemua PATI yang ditahan terdiri dari warganegara Bangladesh dan Nepal.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri (Pengurusan) Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahaman berkata, pemeriksaan yang dijalankan mendapati kesemua mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun tidak mempunyai dokumen sah untuk menduduki negara ini.

Menurutnya, kesemua PATI itu dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)
(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen1963.

“Terdahulu, JIM Kelantan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 28 premis di lima buah perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Brooke Lama, Sangwai B, Sangwai C, Sendrop dan Kampung Sigar.

“Sepanjang operasi itu, seramai 62 orang telah diperiksa yang terdiri warga tempatan (44), Bangladesh (15), Nepal (2) dan seorang warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Akhtarulhaq memberitahu, hasilnya mereka berjaya menahan lapan PATI yang terdiri dari tujuh warganegara Bangladesh termasuk dua wanita dan seorang rakyat Nepal.

Katanya, operasi bersepadu itu melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik), Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya