Gegaran, bunyi ‘letupan’ di Ipoh belum dikenal pasti

Gegaran, bunyi ‘letupan’ di Ipoh belum dikenal pasti

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar bunyi ‘letupan’ dan gegaran yang dirasai di Ipoh, Perak, Isnin lalu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya belum dapat mengenal pasti punca dentuman yang kedengaran kira-kira pukul 11.06 pagi pada 21 Oktober lalu. 

“Kita mendapat maklumat bunyi itu turut didengari sehingga di Kuala Kangsar, Gopeng dan Gerik. Pelbagai usaha dilakukan polis bagi mengetahui punca bunyi tersebut.  

“Pemeriksaan telah dijalankan dengan pelbagai agensi bagi mengenal pasti punca bunyi letupan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurutnya, pemeriksaan lanjut dilakukan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Agensi Angkasa Malaysia (Mysa). 

“Orang awam juga diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan teori berkaitan kejadian ini. 

“Beri polis masa untuk jalankan siasatan,” katanya. 

Isnin lalu, polis mengesahkan sedang melakukan siasatan berhubung insiden bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian letupan dan gegaran itu yang dikatakan berlaku pada 11.06 pagi.

Media melaporkan, terdapat gegaran dan bunyi kuat di sekitar Ipoh, Perak pada pukul 11 pagi tadi mengejut orang ramai yang berasa cemas serta tertanya-tanya mengenai puncanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya