Garis panduan solar dibincang dalam IFCEM 2024

Garis panduan solar dibincang dalam IFCEM 2024

NOR Hisham Mohammad manampal pelekat rasmi ketika Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Proton kepada JBPM di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Garis panduan sistem solar fotovoltaik (PV) adalah antara tiga perkara yang akan dibawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena International Fire Conference and Exhibition Malaysia 2024 (IFCEM 2024) pada 22 hingga 24 Oktober ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, dua perkara lain yang akan dibawa pada persidangan sama termasuk garis panduan kenderaan elektrik (EV) dan pusat data.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan pengalaman negara-negara lain berhubung garis panduan itu sebelum dilaksanakan di negara ini.

“Kita akan tengok bagaimana kawalan dibuat antara negara-negara lain supaya kita dapat keluarkan peraturan dan kita tambah baik supaya ia seragam dalam kalangan negara-negara Asia,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Proton kepada JBPM sempena IFCEM 2024 di sini, hari ini.

IFCEM adalah satu persidangan dan pameran kebombaan dan keselamatan kebakaran peringkat antarabangsa anjuran JBPM dengan kerjasama The Institution of Fire Engineers (UK) Malaysia Branch-IFE(M), Malaysia Fire Protection Association (MFPA), The Confederation of Fire Protection Association-International (CFPA-i) dan The Society of Fire Protection Engineers (SFPE).

Penganjuran ini merangkumi persidangan, pameran dan peluang pengembangan kerjasama selain berkongsi teknologi serta amalan perlindungan kebakaran terkini dengan jumlah penyertaan persidangan dianggarkan kira-kira 1,000 orang.

Nor Hisham berkata, pihaknya dimaklumkan penganjuran itu dijangka dihadiri ketua-ketua bomba daripada 21 buah negara selain penyertaan pihak antarabangsa lain dalam industri kebombaan dan keselamatan kebakaran.

“Kami juga menjangkakan seramai 2,150 peserta tempatan akan menghadiri persidangan itu iaitu melebihi 1,800 penyertaan yang disasarkan sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya