Gangguan LRT laluan Kelana Jaya: Kerja baik pulih giat dijalankan

Gangguan LRT laluan Kelana Jaya: Kerja baik pulih giat dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerja-kerja membaik pulih komponen di landasan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya antara Stesen Wangsa Maju dan Sri Rampai giat dijalankan pasukan teknikal Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL.

“Kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 10.20 pagi itu berpunca daripada aliran air hujan luar biasa dari kawasan sekitar dan telah memasuki landasan yang terletak di aras tanah serta merosakkan beberapa komponen.

“Pihak operasi terpaksa menghentikan bekalan kuasa di kawasan terbabit bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan baik pulih dijalankan,” katanya melalui satu kenyataan di Facebook.

Menurutnya, perkhidmatan tren perantara diaktifkan antara stesen Gombak dan stesen Wangsa Maju, manakala tren dari arah Putra Heights akan berpatah balik di stesen Wangsa Maju.

“Perkhidmatan bas perantara percuma disediakan sebanyak 12 buah dengan kekerapan 15 minit.

“Rapid Rail akan memaklumkan perkembangan status perkhidmatan pada pukul 3 petang ini. Kami berharap agar kerja-kerja baik pulih ini dapat diselesaikan sebelum waktu puncak pada petang ini,” katanya.

Jelasnya, kakitangan operasi dan polis bantuan tambahan turut ditempatkan di stesen berkenaan bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas.

Menurutnya, pengumuman berterusan dibuat menerusi media sosial Rapid KL di semua stesen dan di dalam tren untuk makluman penumpang.

“Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing serta merujuk media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat berkenaan status perkhidmatan terkini perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan beberapa LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan akibat hujan lebat pagi ini.

Rapid KL menerusi hantarannya di Facebook berkata, perkhidmatan tren alternatif diaktifkan berikutan air bertakung di landasan Sri Rampai hingga Wangsa Maju. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya