Gaji RM4,000 tarik pelajar pilih bidang kejuruteraan

Gaji RM4,000 tarik pelajar pilih bidang kejuruteraan

MUSTAPHA Sakmud (tengah) bersama pengunjung Pameran Teknologi, Pendidikan dan Kerjaya (TEC) 2024 anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar Perak semalam. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Gaji bulanan seorang jurutera bermula daripada RM4,000 sebulan disifatkan sebagai angka wajar dalam industri bagi menarik minat golongan muda memilih bidang pengajian kejuruteraan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud meminta pemain industri atau syarikat swasta melihat perkara tersebut terutama bagi organisasi yang mengaut keuntungan besar.

“Kita hendak tingkatkan sehingga RM4,000 minimum supaya kita dapat menarik minat pelajar kita untuk menceburi bidang-bidang berkaitan de­ngan kejuruteraan.

“Kita minta supaya pemain industri dan syarikat swasta dapat melihat perkara ini dan membantu kerajaan supaya memastikan kadar gaji kita dapat tingkatkan. Sudah terlalu lama kadar gaji ini terhenti sekitar RM2,000 sahaja,” katanya selepas merasmikan Pameran Teknologi, Pendidikan dan Kerjaya (TEC) 2024 anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Kadar gaji yang rendah menjadi keluhan ramai dalam pelbagai platform media sosial, sekali gus menyebabkan belia tidak melihat potensi bidang tersebut selain memilih pekerjaan tidak berkaitan meskipun berlatar­belakangkan pendidikan kejuruteraan.

Mustapha menjelaskan, langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam juga merupakan satu daripada strategi bagi mendorong pihak swasta membuat tindakan sama terhadap pekerja masing-masing. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya