Gabungan kerjasama parti nasional-tempatan pilihan terbaik - Rafizi

Gabungan kerjasama parti nasional-tempatan pilihan terbaik – Rafizi

RAFIZI Ramli (tiga kanan) menerima borang keahlian cabang-cabang PKR Sabah di Putatan, Sabah hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Gabungan kerjasama antara parti nasional dan tempatan adalah pilihan terbaik untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, dalam menghormati pandangan pihak yang mahu hanya parti tempatan bertanding pada PRN Sabah, beliau tahu rakyat sedar bahawa kesejahteraan di Sabah adalah tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Maka, katanya, kaedah yang paling baik adalah mewujudkan persefahaman dan semangat saling menghormati antara Persekutuan serta negeri.

“Itu pandangan saya dan pandangan PKR. Bagi mereka yang punya pandangan berlainan, saya pasti ada asas mereka masing-masing sebab itu kepada PKR Sabah, nasihat saya adalah sementara kita ada pandangan masing-masing kita tak boleh biarkan rakyat terkontang-kanting.

“Sementara ahli politik dan parti-parti mempunyai macam-macam sentimen, kita perlu membantu rakyat dengan perhebatkan khidmat kita.

“Itu sebenarnya tumpuan kerana pada akhirnya kita kena pulangkan kebijaksanaan memilih itu kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Keadilan Menang Siri PRU16 (KEMAS16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 Tahun (POP25), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang kesukaran melaksanakan kerangka kerajaan Perpaduan di Sabah susulan sentimen menolak parti Malaya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, itu sebabnya PKR tidak terlalu agresif tentang pandangan yang berbeza.

Katanya, beliau menghormati pandangan yang berlainan namun, apa yang penting perlunya kerjasama dan persefahaman yang kukuh antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

Mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN)-PH dalam menghadapi PRN Sabah, Rafizi berkata, urusan berkaitan komposisi gabungan tertakluk kepada pertimbangan dan rundingan yang akan diputuskan di peringkat Majlis Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang pasti pada ketika ini, PKR Sabah adalah sebahagian anggota komponen kerajaan negeri yang baik. Arahan saya berikan kepada jentera di sini adalah untuk menguatkan kehadiran dan khidmat kita kepada rakyat di peringkat bawah.

“PKR mesti memainkan peranan yang jauh lebih baik bagi membantu rakyat kerana jurang kemiskinan di Sabah terlalu besar berbanding tempat lain,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya