‘Formula Menang Bersama’ perkukuh sokongan rakyat

‘Formula Menang Bersama’ perkukuh sokongan rakyat

AMMAR ATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Muda Harapan mencadangkan ‘Formula  Menang Bersama’ bagi memperkukuhkan kesinambungan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Ketua Penerangannya, Ammar Atan berkata, kemenangan berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Mahkota merupakan manifestasi jelas sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, ia mencerminkan keyakinan rakyat terhadap pertumbuhan ekonomi yang pesat, lonjakan pelaburan, pengukuhan kebajikan rakyat di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan hari ini.

“Bagi memperkukuh kesinambungan ini, Angkatan Muda Harapan mencadangkan “Formula  Menang Bersama” yang memastikan setiap keputusan diambil dengan mempertimbangkan manfaat serta kesejahteraan semua pihak dalam kerajaan, tanpa menafikan peranan mana-mana komponen gabungan.

“Kepimpinan Kerajaan Perpaduan perlu memperhalusi formula ini dan menjadikannya sebagai dasar pelaksanaan di semua peringkat pentadbiran, seperti yang telah berjaya dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Ammar, formula itu bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang konflik dalaman, malah berpotensi mengukuhkan perpaduan di semua peringkat, baik di negeri mahupun Persekutuan.

“Ini selaras dengan saranan cadangan veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, agar Formula  jalan tengah diwujudkan untuk memperkukuh kesinambungan kerajaan perpaduan dan memastikan setiap komponen dalam Kerajaan Perpaduan diberikan peranan yang sewajarnya.

“Dengan menginstitusikan dasar ini di semua peringkat, kami yakin bahawa Kerajaan Perpaduan dapat memperkukuh perpaduan, menstabilkan politik, dan mengekalkan keyakinan rakyat.

“Sinergi ini, jika diperkukuhkan, akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, taraf hidup rakyat yang lebih baik, serta negara yang lebih harmoni dan madani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya