Formasi reben merah jambu 2,050 peserta pecah rekod MBOR

Formasi reben merah jambu seramai 2,050 peserta pecah rekod MBOR

SERAMAI 2,050 peserta berjaya memecahkan rekod MBOR bagi formasi reben merah jambu terbesar di negara ini sempena Karnival Pink Oktober IKN 2024, di IKN Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 2,050 peserta berjaya meletakkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pembentukan formasi reben merah jambu (pink ribbon) terbesar.

Ia sekali gus mengatasi rekod formasi dibuat oleh 1,600 peserta dalam satu program anjuran sebuah jenama farmaseutikal sekitar tahun lalu.

Lebih menarik, formasi yang dibentuk adalah simpulan riben merah jambu di mana peserta diletakkan dalam pagar khusus serta memakai pakaian serba merah jambu.

Rekod baharu itu dipecahkan sempena sambutan Karnival Pink October anjuran Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya sebagai simbol komitmen bersama dalam perjuangan melawan kanser.

Turut serta dalam membentuk formasi sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Institut Kanser Negara (IKN), Dr Mohd Anis Haron@Harun.

Majlis penyerahan plak pengesahan MBOR diserahkan Perunding Kanan (Rekod) MBOR, Siti Hajar Johor kepada IKN sambil disaksikan Fadillah di ruang tempat letak kereta IKN, di sini pagi ini.

Pegawai Farmasi IKN, Mohd Syamir Mohamad Shukeri berkata, pihaknya memulakan persiapan awal bagi memecahkan rekod ini sejak Mac lalu sebagai solidariti kepada pejuang kanser di seluruh negara.

“Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, warga IKN, ahli keluarga pesakit kanser dan pejuang kanser sendiri termasuk 45 orang.

“Kami tidak pernah buat raptai dan apa yang anda lihat hari ini adalah sejumlah peserta yang dapat dikumpulkan,” katanya.

Katanya, bagi melengkapkan formasi ini, pihaknya menyediakan 100 unit pagar besi dan terpaksa mengosongkan ruang tempat letak kereta dengan keluasan 70 x 45 kaki persegi.

Karnival Pink October adalah platform yang kuat untuk menyatukan orang ramai dalam solidariti dan memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan dan pengesanan awal kanser di seluruh negara.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk saringan kanser payudara, kanser paru-paru, kanser serviks dan kanser kolorektal, serta pemberian vaksin HPV secara percuma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya