Foodie Hawker Awards 2024 iktiraf makanan jalanan - Utusan Malaysia

Foodie Hawker Awards 2024 iktiraf makanan jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Good Foodie Media Sdn Bhd dengan kerjasama Maybank dan Payments Network Malaysia (PayNet) buat julung kalinya menganjurkan Foodie Hawker Awards 2024 sebagai usaha meraikan budaya makanan jalanan di negara ini.

Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif Good Foodie Media, Nicholas Lim Pinn Yang berkata, anugerah itu bagi memberi pengiktirafan kepada penjaja tempatan dan akan diteruskan jangka panjang untuk memperkasa industri makanan tempatan.

“Kami sudah membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan penjaja untuk mempromosikan perniagaan mereka secara dalam talian, dan anugerah ini adalah sesuatu yang ingin kami lakukan untuk industri makanan dan minuman (F&B) di negara kita.

“Malah, ini juga akan menjadi anugerah untuk rakyat Malaysia, dari rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Pempengaruh popular itu juga menambah, inisiatif itu dapat membuka mata dunia sekali gusi mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian kulinari di mana setiap hidangan menceritakan kisah tradisi, budaya dan cinta.

“Hidangan yang ditawarkan mempunyai gabungan harmoni pelbagai rasa daripada semua kaum, menciptakan pengalaman yang lazat untuk semua yang menikmatinya.

“Hidangan popular seperti nasi lemak, roti canai, atau sate, menjadikan negara kita sebagai syurga bagi penggemar makanan,” katanya.

Food Hawker Awards 2024 terbuka kepada semua peniaga makanan dan minuman yang beroperasi sebagai penjaja termasuklah gerai tepi jalan, gerai makanan di pasar, kedai kopi tradisional dan trak makanan di seluruh negara.

Kempen  berlangsung dari 1 Julai lalu hingga 31 Disember depan dan pemenang akan diraikan  dalam satu majlis anugerah pada Januari depan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya