Finas komited jalankan Program Belia Kreatif tahun hadapan - Utusan Malaysia

Finas komited jalankan Program Belia Kreatif tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih ramai pelapis dunia perfileman dan pencipta kandungan bermutu bakal dilahirkan menerusi Program Belia Kreatif Madani yang digerakkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bermula tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin, program tersebut diyakini dapat mencapai matlamat itu menerusi pengisian yang lebih strategik dengan kerjasama daripada pelbagai universiti seluruh negara.

“Perkara ini merupakan idea asal daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mahu melihat pembangunan belia dari aspek penciptaan kandungan diberi perhatian.

“Kami mahu berikan pendedahan awal mengenai penciptaan kandungan yang boleh melahirkan lebih ramai generasi pembikin filem.

“Program ini nanti akan diisi dengan bengkel latihan kandungan kreatif, bantuan menghasilkan filem pendek dan jalinan bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan.

“Kami akan pastikan semua belia mendapat manfaat, oleh itu siri jelajah akan diadakan baik di bandar mahupun luar bandar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Azmir, program ini juga diharap dapat membantu golongan muda menjana pendapatan menerusi penghasilan kandungan yang bermutu tinggi seiring dengan kecanggihan teknologi.

“Kita tahu belia hari ini lebih kreatif terutama sejak kehadiran platform media sosial. Demi menghasilkan satu kandungan, mereka tidak bergerak seorang diri tetapi memerlukan satu pasukan.

“Menerusi program ini, kami akan beri panduan menghasilkan kandungan yang ada nilai jati diri dan kenegaraan.

“Malah, mereka juga boleh menjana pendapatan bukan sahaja menerusi platform You Tube, tetapi juga menerusi peluang lain,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan peruntukan 30 juta ringgit untuk Program Belia Kreatif MADANI.

Kerajaan mensasarkan 16 ribu anak muda akan memperoleh manfaat dan membantu dari aspek pembangunan komuniti filem dan penciptaan kandungan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya