Fiesta Fest Visit Malaysia capai objektif, semarak pelancongan tempatan - Utusan Malaysia

Fiesta Fest Visit Malaysia capai objektif, semarak pelancongan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Fiesta Fest Visit Malaysia yang berlangsung baru-baru ini berjaya mencapai objektif utamanya dalam menyemarakkan aktiviti pelancongan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Penganjurnya, Suzy Azam berkata, penyertaan ribuan peserta dan pengunjung menerusi pelbagai aktiviti serta 50 gerai jualan membuktikan aktiviti riadah, pelancongan dan rekreasi masih menjadi pilihan umum.

“Kita mahu menggalakkan aktiviti pelancongan sekali gus mengamalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti sukan moden dan tradisional antaranya larian bersama keluarga, pertandingan mewarna dan pakaian tradisional.

“Terima kasih kepada Kementerian Pelancongan memberi peluang kepada kami mengadakan Fiesta Fest visit Malaysia terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 yang pastinya bakal menyemarakkan lagi industri pelancongan negara.

“Kami juga terharu dengan kerjasama yang diberikan Jabatan Belia dan Sukan Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah atas kerjasama yang diberikan,” ujarnya.

Tambah Suzy, acara yang berlangsung di Memorial Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka itu bakal dijadikan acara tahunan.

“Melihatkan sambutan pengunjung, kami yakin untuk mengadakan acara sama dalam skala yang lebih besar terutama dengan kerjasama pelbagai agensi.

“Sokongan dan kerjasama serta panduan Kementerian Pelancongan menyuntik semangat kami untuk terus menambah baik acara selepas ini ,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya