Fazura hina mahkamah, langgar terma perjanjian?

Fazura hina mahkamah, langgar terma perjanjian?

Fazura
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tidak sampai sejam bercerai, Fazura kini berhadapan kemungkinan dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana melanggar terma-terma perjanjian penyelesaian.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada bekas suaminya, Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin.

Menurut peguam syarie, Zulkifli Che Yong, antara perkara yang telah dipersetujui sebagai perjanjian yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak ialah tidak membuka aib masing-masing.

“Perjanjian penyelesaian ini adalah penyelesaian akhir dan muktamad bagi segala hak dan kepentingan berbangkit bagi dan semasa perkahwinan. Setelah berlaku perceraian itu, kedua-dua belah pihak hendaklah menjaga aib dan tidak memburukkan serta menyebarkan fitnah antara satu sama lain selepas daripada perjanjian persetujuan ini ditandatangani.

“Saya belum menilai lagi dan anak guam (Fattah) juga perlu menilai dulu apa kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan (sama ada) berbentuk tohmahan atau mengaibkan. Sekiranya berlaku,  ini adalah satu pelanggaran terhadap perjanjian,”kata peguam itu.

Menjawab pertanyaan tindakan yang boleh dikenakan terhadap Fazura atau  nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, Zulkifli hanya menjawab secara umum.

“(Sekiranya) satunya pihak tidak menghormati atau tidak patuh pada terma perjanjian ini selepas direkodkan perintah (berhubung) terma (penyelesaian, pihak yang menjadi mangsa dalam kes ini boleh memfailkan permohonan penghinaan mahkamah.

“Sekiranya mahkamah membenarkan (permohonan), mahkamah akan keluarkan notis tunjuk sebab kenapa seseorang itu patut dipenjarakan kerana telah melanggar dan tidak melaksanakan perintah yang dibuat.

“Isu tersebut (Fazura langgar perintah), saya reserve (simpan) dan akan tanya Fattah untuk menilai sejauh mana kebenaran (kenyataan dibuat Fazura) dan untuk menilai pernyataan yang (dibuat) sama ada boleh dianggap mengaibkan atau dianggap tohmah. Terserah kepada Fattah untuk ambil tindakan susulan,”katanya.

Sementara itu, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika dihubungi media bagi mendapatkan komen berhubung isu pelanggaran terma penyelesaian enggan memberikan kenyataan atas alasan ‘nanti jadi prejudis’.

Terdahulu, Fazura dalam sidang akhbar selepas prosiding kes mendedahkan bahawa antara punca perceraiannya adalah disebabkan oleh kecurangan Fattah.

Malah, Fazura atau nama lengkapnya Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, turut memaklumkan aktor itu tidak memberikan nafkah kepadanya dan duit raya kepada anak mereka Nur Fatima Aisya.

Dalam isu lain, Fazura turut mengakui telah membuat banyak pengorbanan termasuk membelikan sebuah kereta mewah jenis Range Rover untuk keselesaan pelakon itu tetapi ‘kenderaan itu dia (Fattah) bawa naik wanita yang haram baginya’.

Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini. Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira pukul 9.45 pagi.

Terdahulu, Fakhrul yang ditemui selepas tamat prosiding memberitahu, antara terma penyelesaian yang dipersetujui ialah berhubung nafkah idah dan nafkah anak.

“Hak penjagaan anak dan hak lawatan akan difailkan dan direkodkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana ia berada di bidang kuasa Mahkamah Tinggi,”kata Fakhrul Azman.

Selain itu, peguam itu turut memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan notis tuntutan terhadap seorang wanita didakwa yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Fazura.

“Individu itu telah menyatakan Fazura telah mengkambing hitamkan Fattah, seolah-olah Fazura telah menimbulkan isu berkaitan dengan curang sebelum kita hadir ke mahkamah. Sebenarnya Fazura tidak pernah cakap langsung bahawa berlakunya curang antara Fattah.

“Semasa prosiding lalu, saya (pun) cakap, Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan dia memfailkan cerai kerana isu curang. Bukan bermaksud, Fazura menafikan wujudkan isu curang itu,” Kata Fakhrul Azman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN