Fattah tidak pernah cerita hal wanita, apa lagi curang -Pekin

Fattah tidak pernah cerita hal wanita, apa lagi curang -Pekin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Pekin Ibrahim, menyifatkan dakwaan curang yang dilemparkan kepada sahabatnya, Fattah Amin sebagai tuduhan yang berat.

Dedah Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 42, Fattah tidak sekalipun bercerita mengenai hal wanita apa lagi berlaku curang sepanjang meluangkan masa di set penggambaran.

“Kami menjalani pengambaran dalam tempoh yang lama. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita.

“Sampai waktu solat, dia hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan. Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Bukan itu sahaja, Pekin turut berkongsi Fattah sering meluahkan perasaan merindui isteri dan anak, Nur Fatima Aisya.

“Sepanjang luangkan masa bersama, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya.

“Dia tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri sahaja terkeluar dari mulut beliau. Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain,” katanya.

Walaupun rumah tangga pelakon itu sedang bergolak, Pekin memuji sikap Fattah yang tetap tenang dan profesional sepanjang bekerja.

Dalam hantaran tersebut, Pekin turut mendoakan agar sahabatnya itu tabah memghadapi ujian perkahwinan ini.

“Apa yang mampu, kita doa supaya beliau tabah dan kuat. Sedih dengar hal-hal cerai begini. Minta jauhkan hal-hal sebegini,” tambahnya.

Terdahulu selepas bercerai, Fazura mendedahkan Fattah culas memberi nafkah, tiada persefahaman dan berlaku curang adalah sebab mengapa dia menfailkan perceraian.

Fattah bagaimanapun menafikan kesemua dakwaan itu selain menyifatkan tuduhan itu bertujuan memalukan dirinya.

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN