Fattah, Fazura trending di X

Fattah, Fazura trending di X

Fattah Amin dan Nur Fazura
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari mengesahkan pasangan pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin telah bercerai dengan talak satu.

Susulan itu, perceraian pasangan sejoli itu turut menjadi sorotan dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya di platform X yang ligat mengulas tentang mereka.

Terdahulu, Fazura meluahkan rasa lega kerana kesengsaraan yang dihadapinya sepanjang mendirikan rumah tangga bersama Fattah, sudah berakhir, pada hari ini.

Fazura ketika ditemui di mahkamah turut menitiskan air mata ketika mendedahkan punca perceraian mereka kerana Fattah culas terhadap nafkah, tiada lagi persefahaman dan berlaku curang.

Fattah bagaimanapun menafikan segala dakwaan yang dibangkitkan oleh aktres itu dan menyifatkan kenyataan itu sebagai satu fitnah.

Fattah yang terbuka menerima tindakan bekas isterinya itu turut mendedahkan dia pernah mencuba memperbaiki situasi rumah tangga mereka namun dihalang.

Hasil tinjauan di media sosial, ada sesetengah pihak yang bersimpati dengan nasib aktres popular itu yang dikatakan telah banyak berkorban sepanjang bersama Fattah.

Namun, ada juga pihak yang kasihan dengan nasib Fattah yang tetap profesional menjaga aib bekas isterinya walaupun aibnya dihebah-hebahkan selepas sudah mendapat persetujuan bersama.

Pasangan sejoli yang sebelum ini terkenal dengan panggilan FattZura kini sudah mempunyai puak yang berbeza iaitu Team Fattah dan Team Fazura.

Sejak beberapa bulan lalu, status rumah tangga Fazura dan Fattah dikhabarkan sedang bergolak kerana kewujudan orang ketika yang mengganggu keharmonian hubungan mereka suami isteri.

Selepas pelbagai spekulasi berbangkit, Fattah akhirnya menafikan dirinya berlaku curang terhadap Fazura setelah pelakon filem Pisau Cukur itu memfailkan perceraian terhadapnya pada 13 September lalu.

Fattah dan Fazura telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya