Fattah, Fazura cerai talak satu

Fattah, Fazura cerai talak satu

Fattah Amin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira pukul 9.45 pagi tadi, perkahwinan berusia tujuh tahun pasangan selebriti, Fazura dan Fattah terlerai apabila Panglima Awang melafazkan talak satu di Mahkamah Syariah Rendah Petaling di sini hari ini.

Pada 13 September lalu, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Terdahulu, Fazura dilihat bersalaman serta mencium tangan tangan Fattah sebelum kedua-duanya berbincang di bucu ruang menunggu Dewan 2, Mahkamah Syariah Rendah Petaling, Subang Bestari di sebalik ‘tembok’ rakan-rakan dan keluarga bagi mengelakkan gambar pasangan itu diambil.

Pengawal peribadi Fazura juga sempat menegur wartawan agar tidak mengambil gambar pasangan yang sedang berbincang itu.

Fattah juga dilihat bersalam dan mencium tangan abang iparnya.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN