Fattah Amin sedekah komisen jualan kambing perap

Fattah Amin sedekah komisen jualan kambing perap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin telah mengambil keputusan untuk sedekahkan komisen jualan kambing perap yang dijual di TikTok kepada golongan yang memerlukan.

Perkara itu telah didedahkan oleh jenama kambing perap tersebut yang turut berkongsi tangkap layar perbualan mereka menerusi aplikasi Whatsapp sekaligus membuat pihak mereka terkejut.

“Alhamdulillah, terima kasih boss. Cuma, komisen itu nak minta tolong team Pak Mat uruskan boleh? Infak kepada orang yang perlukan,” kata Fattah ringkas.

Dalam perkongsian sama, jenama tempatan itu turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir itu.

Namun, pihak mereka turut kagum dengan kebaikan yang dipamerkan oleh Fattah selepas bertungkus-lumus meningkatkan hasil jualan mereka.

“Pak Mat kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen atas hasil penat lelah menjual kambing. Tapi, Pak Mat bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan.

“Pak Mat minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Moga dibalas segala kebaikan Fattah Amin,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dan menyifatkan bapa kepada seorang cahaya mata itu seorang yang sangat pemurah.

Sebelum ini, Fattah dilihat aktif mempromosikan jenama tempatan kambing perap itu menerusi siaran live di TikTok sehingga meraih hasil jualan yang luar biasa. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN