Fattah Amin gembira kerinduan terubat bertemu Fatima - Utusan Malaysia

Fattah Amin gembira kerinduan terubat bertemu Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 3, baru-baru ini.

Menurut Fattah, dalam pertemuan tersebut yang turut dihadiri oleh ibu bapanya, Fatima kelihatan gembira meluangkan masa bersama selain melakukan pelbagai aktiviti.

“Dia gembira bila dapat jumpa daddy dia. Saya bawa dia jalan-jalan dan belikan permainan.

“Saya juga turut bawanya isi masa dengan ahli keluarga saya yang lain. Alhamdulillah, terubatlah kerinduan itu,” katanya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) di Putrajaya, semalam.

Minggu lalu, Fattah berkongsi sepotong video dan gambar yang memaparkan dirinya bersama-sama Fatima yang turut disertai ahli keluarganya yang lain.

Dalam pada itu, Fattah juga tidak menafikan jadual kerjanya yang kian padat menyebabkan berat badannya mulai susut.

“Jadual saya sudah penuh, tapi tidaklah sehingga hujung tahun depan. Sampai bulan Februari 2025, alhamdulillah.

“Nampak susut mungkin sebab kesibukan kerja juga, makan pun tak teratur sangat. Susut tak banyak, dalam dua ke tiga kilogram,” katanya lagi.

Nama Juara Hero Remaja 2011/12 itu menjadi perhatian sehingga digelar sebagai ‘Duda Hot’ oleh segelintir warganet selepas dia berpisah dengan aktres dan usahawan, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Malah pada 12 Oktober lalu, Fattah yang pertama kali membuat siaran langsung di platform TikTok telah memperoleh 22 juta tanda suka dan ditonton lebih 54,000 pengguna media sosial, sekali gus mencetuskan tular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN