KUALA LUMPUR: Fattah Amin semakin hangat menjadi sebutan selepas aktor berkenaan muncul di stesen radio ERA, semalam.
Fattah yang membuat penampilan menerusi segmen 3 Pagi ERA itu dicadangkan netizen agar pelakon itu diambil menjadi penyampai radio tersebut.
Menurut Fattah, dia tidak menolak sekiranya ditawarkan menjadi penyampai radia Era.
“Kalau orang panggil, Insya-Allah, saya sudi menerimanya,” katanya menerusi sebuah video yang tular di platform TikTok.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminatnya teruja dengan respons yang diberikan oleh pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu.
Peminat juga gembira dengan usaha Nabil, Radin dan Azad menggembirakan Fattah selepas pelakon itu berdepan perceraian dengan bekas isterinya, Nur Fazura.
“Bila dia sebut ‘saya Fattah Amin’ dah nampak aura dia,” komen peminat.
“Ada hikmah di sebalik ujian yang Allah bagi. Semoga dipermudahkan urusan ya Fattah Amin. Setiap kali ada hujan, Allah selitkan pelangi yang sangat indah,” komen netizen.
“Melimpah-limpah rezeki Fattah Amin,” komen seorang lagi peminatnya.
“Terima kasih ERA kerana gembirakan Fattah,” komen seorang pengguna TikTok.
Fattah dan Fazura pada 7 Ogos lepas sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Keputusan itu dibuat oleh pasangan itu selepas beberapa bulan terpalit dengan isu pergolakan rumah tangga.- UTUSAN