Fasa baru buat saya -Nabila Razali hamil anak sulung - Utusan Malaysia

Fasa baru buat saya -Nabila Razali hamil anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengumumkan kini sudah berbadan dua.

Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali  dijangka bersalin anak sulungnya  pada Januari tahun depan.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya.

Menurutnya penyanyi Tangis ini lagi, walaupun tubuhnya cepat berasa penat sepanjang fasa kehamilan, namum perancangan memberikan buah tangan terbaharu buat peminat tetap diteruskan.

“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.

“Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” katanya.

Nabila berkata, dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia, dia  yakin fasa ini akan menjadi satu lagi bab indah dalam kehidupannya.

“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna. 

“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya sepanjang kehamilan ini, Nabila berkata tiada perubahan ketara melainkan selera makan yang kian bertambah.

“Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan yang teruk. Hanya yang biasa saja. Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil. 

“Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini,” katanya.

Terdahulu, Nabila dan suami selamat melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya