Fahaman militan mungkin ditanam  kepada penghuni rumah amal GISBH?

Fahaman militan mungkin ditanam  kepada penghuni rumah amal GISBH?

Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan polis terhadap kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) turut melihat jika  terdapat  elemen fahaman jihad militan turut ditanam kepada kanak-kanak yang diselamatkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan pihaknya kini menjurus ke arah itu susulan terdapat dakwaan mengenai tayangan video berunsur militan kepada kanak-kanak yang menghuni di rumah amal itu.

“Walaupun sepanjang kes ini, saya tidak menyentuh isu berkaitan tayangan video militan itu, namun kita menjurus ke arah itu untuk disiasat.

“Cuma kanak-kanak ini memang ada ditayangkan video berkaitan pemimpin mereka iaitu Abuya sepanjang berada di rumah amal terbabit,” katanya di sini hari.

Terdahulu, Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah dilaporkan berkata, fahaman jihad militan didedahkan dengan menonton video militan pada waktu lapang kanak-kanak berkenaan.

Katanya, maklumat itu adalah antara sumber yang diperoleh pihaknya daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mereka pintar, pandai mengaji, mengeja dan mengira, tetapi ajaran diberikan kepada mereka bukan konsep jihad yang betul.

“Kita bimbang fahaman yang salah dalam konsep jihad militan ditanam dari peringkat akar umbi tersebut boleh membawa ancaman bahaya kepada masyarakat pada masa depan,” ujarnya ketika berucap pada majlis Konvokesyen Kolej Hafiz ke-21.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya