Exco Perak nafi beliau, Kor Ming hadiri pesta tanglung kibar bendera China

Exco Perak nafi beliau, Kor Ming hadiri pesta tanglung kibar bendera China

TANGKAP layar menerusi perkongsian di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong menafikan beliau dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming hadir pada sambutan pesta tanglung di sekitar Menara Condong di Teluk Intan pada 13 September dengan turut diadakan acara mengibarkan bendera negara China.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri berkata, kenyataan oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang mendakwa program itu dihadiri Kor Ming dan beliau tidak benar sama sekali.

“Saya menyangkal sekerasnya-kerasnya kenyataan Razman bahawa tindakan kibar bendera China sewaktu berlangsungnya Pesta Tanglung anjuran wakil rakyat setempat yang diadakan pada 13 September lalu.

“Razman juga menyebarkan fitnah bahawa program yang melibatkan insiden kibar bendera China dihadiri Ahli Parlimen Teluk Intan, Kor Ming dan saya sendiri.

“Ini adalah pembohongan kerana Kor Ming dan saya tidak pernah menghadiri apa-apa program di Teluk Intan melibatkan mengibarkan bendera China,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Razman merupakan fitnah kerana cuba mengaitkan insiden mengibarkan bendera China dengan Kor Ming dan beliau.

Beliau menuntut Razman untuk menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka atas penyebaran info yang salah.

“Ketua Pembangkang yang profesional seharusnya menyemak fakta sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi dan patut mengambil iktibar daripada kes-kes disaman fitnah sebelum ini yang menatijahkan diri sendirinya membayar bayaran ganti rugi yang berjumlah besar.

“Ingin saya tegaskan sekali lagi, sebagai rakyat Malaysia dan juga wakil rakyat, saya sentiasa menjunjungkan kedaulatan Malaysia dan tidak pernah memecahbelahkan rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Pas Perak dalam kenyataan hari ini menggesa siasatan dilakukan terhadap rakaman video peserta mengibarkan bendera negara China dalam sambutan pesta tanglung di sekitar Menara Condong Teluk Intan.

Razman mendakwa program anjuran sebuah tokong itu dirasmikan Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan selain turut dihadiri seorang exco kerajaan Perak daripada DAP.

Menurutnya, pengibaran bendera negara China pada program itu mengejutkan dan mengecewakan kerana program yang dihadiri wakil kerajaan Pusat dan negeri boleh dianggap program rasmi kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya