Era sistem kehakiman dicabuli perlu berakhir - Anwar

Era sistem kehakiman dicabuli perlu berakhir – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang perlu menjadi asas utama dalam memastikan keadilan dapat dilaksanakan.

Perdana Menteri berkata, kebebasan badan kehakiman adalah berdasarkan doktrin pemisahan kuasa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini penting dalam memodenkan rangka kerja undang-undang kita sambil menegakkan kestabilan sistem keadilan sedia ada,” katanya menerusi satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook beliau.

Menurut Anwar, sejarah menunjukkan bagaimana prinsip itu pernah dicabuli oleh pihak berkuasa yang menggunakan sistem kehakiman bagi  tujuan politik.

“Era itu sudah berakhir dan kita tidak akan membenarkan penyalahgunaan dan pencabulan undang-undang seumpama itu berulang,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya