Enam rakan sekerja genggam ijazah Konvokesyen UMT

Enam rakan sekerja genggam ijazah Konvokesyen UMT

AHMAD Redhaudden (Kiri) berjaya menggenggam sarjana Teknologi Maklumat (IT) bersama sahabat yang sama-sama berjuang mendapatkan segulung sarjana semasa Istiadat Konvokesyen UMT Kali Ke 22 di Dewan Sultan Mizan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Enam rakan sekerja daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memahat sejarah buat diri mereka apabila keenam-enam mereka hari ini berjaya menggapai segulung ijazah sarjana dalam Konvensyen UMT Ke-22 bermula hari ini.

Ahmad Redhaudden Razak, 41, daripada Kampung Gong Badak di sini berkata, tercetusnya idea untuk menyambung belajar apabila melihat rakan sekerja senior yang berjaya membahagikan masa antara kerja dan pengajian memberikan inspirasi dan motivasi untuknya terus berusaha melanjutkan pengajian.

Menurutnya, apabila semester dibuka, kami berenam nekad dan sepakat untuk daftar masuk ke program Sarjana Teknologi Maklumat.

Katanya, kalangan kami terdiri daripada latar belakang bidang berbeza, seperti kewangan dan pengurusan ia bukan penghalang untuk kami bersama-sama menghadiri kuliah dalam jurusan yang kami pohon bersama.

“Saya akui apabila berenam kami berupaya untuk bantu-membantu dalam menyiapkan setiap tugasan selian menelaah pelajaran.  Saya pernah berhasrat untuk tidak meneruskan pengajian berikutan kekangan masa namun atas nasihat lima lagi rakan, saya membatalkan hasrat itu,” katanya.

Rakannya, Fauziah Nawi, 44, daripada Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu berkata, perkongsian maklumat atau pengalaman yang relevan dari kalangan kami yang berada di bidang Teknologi Maklumat (IT) mempercepatkan pemahaman dan aplikasi ilmu yang dipelajari bagi rakan-rakan yang bidang berlainan.

“Sepanjang pengajian, kami sentiasa berbincang dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan, sama ada tugasan berkumpulan ataupun individu.

“Tiada istilah kau-kau dan aku-aku manakala dikala ada yang ingin mengalah, kami sama-sama memberi semangat dan motivasi agar rakan kami meneruskan perjuangan hingga tamat pengajian,” katanya.

Menurutnya, empat lagi rakan setugas yang turut sama melanjutkan pengajian jurusan Sarjana Teknologi Maklumat iaitu, Noni Noraikhah Md Yusoff, 43, Nurol Akma Md Noor, 42, Norhana Ruyob@Ayob, 44 dan Norliana Md Romli, 44.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya