Enam kali gagal temu duga tidak patahkan semangat Mohammad Ikhmal sertai SPRM

Enam kali gagal temu duga tidak patahkan semangat Mohammad Ikhmal sertai SPRM

AZAM Baki (kiri) beramah mesra penerima anugerah dan pelatih lain pada Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 (Penolong Penguasa Gred P29) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Bandar Enstek Nilai di Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas enam kali gagal temu duga untuk berkhidmat sebagai seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akhirnya seorang pemuda berjaya memperoleh kerjaya yang diimpikannya.

Lebih manis, Mohammad Ikhmal Mohamad Huzir Affindi, 29, menerima anugerah Kadet Terbaik Keseluruhan Bagi Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 (Penolong Penguasa Gred P29).

Menurut graduan lulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak itu, walaupun berulang kali gagal dalam temu duga, dia tidak pernah berputus asa untuk terus mencuba.

“Ibu dan bapa sentiasa memberikan sokongan, itu menjadi kekuatan saya untuk tidak berhenti begitu sahaja. Ini juga harapan mereka yang mahukan saya yang juga satu-satunya anak lelaki mereka untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. 

“Sebagai sebuah agensi mencegah rasuah, saya berazam berbakti kepada negara dan menjadi seorang penjawat awam berintegriti tinggi,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 (Penolong Penguasa Gred P29) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Bandar Enstek Nilai di sini, hari ini.

Dalam siri latihan itu, seramai 111 pegawai kadet Penolong Penguasa Gred P29 berjaya menjalani kursus asas dan dianugerahkan Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) 

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika berucap berkata, pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPRM melalui Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bagi meningkatkan kualiti pegawai SPRM.

Ia terutama dalam aspek penambahbaikan modul asas dari semasa ke semasa selaras  kehendak masyarakat yang mahukan Malaysia bebas daripada rasuah. 

Dalam pada itu, katanya, Pusat Latihan Asas, MACA, Bandar Baru Enstek, Nilai akan menjadi sebuah pusat latihan asas, setaraf dengan pusat latihan terkemuka lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya