Enam kali gagal temu duga sebelum berjaya sertai SPRM

Enam kali gagal temu duga sebelum berjaya sertai SPRM

MOHAMMAD Ikhmal Mohamad Huzir Affindi (tengah) menerima anugerah Kadet Terbaik Keseluruhan Bagi Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 pada majlis tamat latihan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Bandar Enstek, Nilai, Seremban semalam. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas enam kali gagal temu duga untuk berkhid­mat sebagai seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM), akhirnya seorang pemuda memperoleh kerjaya yang diimpikannya.

Lebih manis, Mohammad Ikhmal Mohamad Huzir Affindi, 29, menerima anugerah Kadet Terbaik Keseluruhan Bagi Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 (Penolong Penguasa Gred P29).

Menurut lulusan Diploma Ke­juruteraan Elektrik dari Poli­teknik Sultan Azlan Shah, Perak itu, walaupun berulang kali gagal dalam temu duga, dia tidak pernah berputus asa untuk terus mencuba.

“Ibu dan bapa sentiasa memberikan sokongan, itu menjadi kekuatan saya untuk tidak berhenti begitu sahaja. Ini juga harapan mereka yang mahukan saya yang juga satu-satunya anak lelaki mereka berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Sebagai sebuah agensi mencegah rasuah, saya berazam berbakti kepada negara dan menjadi seorang penjawat awam berintegriti tinggi,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 (Penolong Penguasa Gred P29) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Bandar Enstek Nilai di sini, semalam.

Seramai 111 pegawai kadet Penolong Penguasa Gred P29 berjaya menjalani kursus asas dan dianugerahkan Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya