Enam balai bomba baharu mampu kurangkan kerugian akibat kebakaran

Enam balai bomba baharu mampu kurangkan kerugian akibat kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Pembinaan enam Balai Bomba Penyelamat (BBP) baharu dapat mengurangkan nilai kerugian yang dialami negara akibat insiden kebakaran mencecah berbilion ringgit.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, sejumlah RM2.6 billion kerugian direkodkan akibat kebakaran sepanjang tahun lalu.

Katanya,  jumlah kerugian tersebut sangat besar dan disebabkan itu pembinaan balai baharu sedikit sebanyak dapat mengurangkan nilai kerugian.

“Jadi, kami berpandangan kalau kita guna peruntukkan sedikit untuk bina BBP mungkin boleh kurangkan nilai kerugian itu.

“Enam balai yang dibina adalah BBP Desa Petaling (Kuala Lumpur), BBP Bandar Enstek (Negeri Sembilan), BBP dan kuarters Engkelili, (Sarawak), BBP Dalat (Sarawak), BBP Sepanggar (Sabah) serta BB dan Kuarters Kota Kemuning, (Selangor),” katanya ketika ditemui selepas  perasmian Persidangan dan Pameran Kebombaan Antarabangsa Malaysia  (IFCEM), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau memaklumkan pembinaan enam balai bomba itu juga dapat mengurangkan tempoh  tempoh masa respons nasional (NART) dari dua jam kepada bawah satu jam.

“Dua daripada enam BBP yang akan dibina bukan  kawasan berisiko kebakaran yang sangat tinggi, tetapi lebih kepada mengurangkan NART terutama apabila berdepan insiden kemalangan.

“Macam tempoh sebelum ini diambil kira-kira dua jam untuk ke lokasi kemalangan akan kurang kepada satu jam,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya